Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Dec 22, 2013

CHOCOLATE MOIST CAKE WITH CHOCOLATE GANACHE


Rajin plak sekarang ni nak mem'baking 
hahahahah...

okay , now tengah popular 
coklat moist cake dengan topping yang meleleh katanya ...
and even BOBOI pon da kuarkan 
cake tuh ...

Why not , iera buat ..
haaaa.....
Memandangkan still kat rumah mak lagi 
yang segala benda memang ada
(yes, mak iera buat kuih &kek)
Nampak x seronok nye macam mana 
bila semua barang yang diperlukan tuk baking
tuh adaaaa....

Zasss....
Google resepi Choc Moist Cake ni 
terjumpa version yang senang sgt ..
kredit tuh the blog owner..

BAHAN UNTUK CAKE
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang 

Bahan B
2 biji telur 
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik , kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

-since coklat masakan tuh xda stock , makanya iera cari alternatif lain ..

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air masak
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 sudu kecik serbuk nescafe
3 sudu makan susu pekat
  1. satukan semua bahan-bahan diatas.tapis 3kali
  2. kemudian masak secara double boil (perlu di kacau berterusan)sehingga coklat pekat mengikut citarasa masing-masing.
-semakin lama di kacau semakin pekat.tambah susu segar untuk cairkan semula.
-tuangkan ganache dia atas cake yang dah siap dikukus..










May 29, 2013

Pavlova Gebu Gebis

(✿◠‿◠) A'kum n Hello to all Bridezilla & Friends (◡‿◡✿)




Pheewwwiiittttt ...
Amboi Adik Manisssss ...
Bersinar-sinar gambar awak ye ...
Heee....

Mempersembahkan ..
jeng...
jeng....
jeng.....

Pavlova Gebu Gebis Cik Iera

Ini namanye cuti yang rajin sangat nk baking kannnn...

Simple and mudah sangat2 ...
Barang pon xbanyak ...
Confirm ada kat pantry dapur korang sume ...

Resepi Pavlova

4 biji putih telur
 (sila simpan kuning telur untuk jadikan telur dadar mlm nanti)
1/2 cawan gula
(boleh tambah untuk yg suka manis)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar cuka
1 sudu besar esen vanila
additional : lemon zest
250 ml whip cream
buah-buahan untuk hiasan

i - Putarkan putih telur tadi sehingga kembang. Kemudian tambahkan gula dan pukul lagi sehingga
berkilat putih dia ...
Macam yang kat bawah nih



ii - than masukkan pula tepung jagung , putarkan lagi kemudian masukkan cuka bersama
esen vanila. Putar hingga sebati.

iii - masukkan adunan tadi dalam bekas .. Cik Iera pkai loyang pizza je ..hehehe..
but maske sure alaskan dgn kertas minyak ye ..




iv - bakar selama 1 jam 15 minit dgn suhu 110c . sambil tu putarkan la whip cream korang ye

v - bila da siap bakar , sila jgn kaco dia ..renggangkan pintu oven tu until dia cool down
about 15 minit jgak la ..

vi - now , da boleh start sapu kan whip cream yg korang da pukul tu kat pavlova
than hiaskan dgn buah-buahan yg korang suka

p/s : paling best kalau gabungkan dgn buah2 yang masam2 skit

Selamat Mencuba


 Love u all ☜♡☞

Mar 18, 2013

Cinnamon Roll ala2 Cinnabon ...

(✿◠‿◠) A'kum n Hello to all Bridezilla & Friends (◡‿◡✿)

Hooreyyyy ....
Cinnmon Roll Cik Iera menjadi ...
Seronok yg xterkata ...
ehehehehehehe ...
Baking Time !!!

Nak share ng korang jgak larh ..

But sorry ,
Cik Iera cuma ambil pic time da gulung
and time dlm oven ..

sbb ape ?
takut xmenjadi
tapi JADI OKAY ...

outcome dia macm mn ??
crusty di luar tapi lembut dia dalam ...
yummy - yummy


Sila abaikan patern cinnamon roll Cik Iera ..

Fatty - fatty nye la bila dia dalam oven

Resepi Cinnamon Roll aka Cinnabon

3/4 cawan susu (Cik Iera pkai susu low fat UHT)
1/4 cawan butter (suhu bilik)
3 1/4 cawan tepung serbaguna (Cik Iera pakai tepung gandum je)
1/2 paket yeast
1/4 cawan air (suhu bilik)
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 cawan gula perang
1 sudu besar serbuk kayu manis
1/2 cawan butter
1/2 cawan kismis (Cik Iera xletak pon)

Icing Glaze
2 @ 3 sudu besar susu
1 1/4 cawan gula icing (Cik Iera blend kn gula castor)
1 sudu kecil vanilla

Cara - Caranye :

- Panaskan susu sehingga mendidih dan tutupkan api. Masukkan pula
1/4 cawan butter dan kacau . Biarkan sampai suam.

- Satukan 2 cawan tepung , yeast , gula dan garam . Bila sebati , baru masukkan adunan
susu + butter tadi kedalam diikuti dgn telur dan air.

Masukkan lebihan tepung tadi dan gaul lagi hingga sebati.

Tutupkan adunan tepung tadi dgn kain basah dan biarkan selama 10 minit.

Ambil 1 mangkuk yg lain , campurkan gula perang , serbuk kayu manis
dan 1/2 cawan butter.

Canaikan doh tadi menjadi segiempat tepat. Jangan terlalu tebal @
terlalu nipis ye . Sedang2 je.

Kemudia , taburkan adunan gula perang td kat permukaan
doh segiempat tepat korang td.

Lastly , gulung kan doh korang n potong mengikut ketebalan
yang korang nak. Cik Iera dapat 12 roll . Letakkan dalam bekas dan biarkan
selama lebih kurang 20 minit n jgn lupa tutupkan dgn kain basah ye. Sambil tunggu
korang panaskan kan la oven ..

Bakar pada suhu 190c selama 20 minit.

Jemput Makan .. Yummy .

Btw , untuk glaze , campurkan kesemua bahan dan
letakkan atas korang nye cinnamon roll yg telah disejukkan ok ..

Enjoy ....

easy peasy Resepi.



Love u all ☜♡☞

Nov 8, 2012

Apple Pie ala2 McD

(✿◠‿◠) A'kum n Hello to all Bridezilla & Friends (◡‿◡✿)

McDonald Apple Pie
(Ihsan Google)
Korang suka x apple pie kt McD tuh ?
Heee...
Cik Iera suka sangat ..
tapi jgn la makan slalu sgt plak ye ..
Cik Iera nak share resepi dia nih ...
Pasni xpayah la nak kuar g McD semata2 teringin nak makan apple pie yg ranggup nih..
Cik Iera akan cuba weekend nih ..
Korang yg da cuba , kasi feedback kat cni k

Bahan-Bahan untuk Inti
  • 2 biji apple merah (potong dadu)
  • 1/3 cawan gula (kalau nak kurangkan manis letakkn 1/4 cawan gula)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu besar perahan jus lemon
  • 1 sudu kecil tepung jagung dicampur dgn 1 sudu besar air
Cara-Cara
  • Campurkan apple , gula dan serbuk kayu manis. Kacau atas api yg kecil ye.
  • Kemudian, masukkan pula korang nye jus lemon.
  • Bila da sebati masukkan pula bancuhan tepung jagung korang da gaulkan sehingga pekat.
  • Biarkan sejuk.
Bahan-Bahan untuk pastri
  • 2 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan butter sejuk
  • 1 sudu kecil garam
Cara-Cara
  • Campurkan tepung dan garam
  • Masukkan butter dan gaul sehingga menjadi macam serbuk roti
  • Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut dan sedikit liat.
  • Bentukkan doh mengikut kesukaan korang sume ye. Kalau nak macam McD, potong adunan doh menjadi segiempat tepat.
  • Masukkan inti dalam doh yg korang bentukkan dan harus ok lekatkan kepingan doh korang (tekan pakai garfu @ ikut kreativiti masing2 ye.
  • Rehatkan pastri dalam peti sejuk selama sejam kalau nk lebih ranggup.
SELAMAT MENCUBA





 Love u all ☜♡☞

Nov 1, 2012

Cheesy Cauliflower Pancakes @ Lempeng Bunga Kobis Berkeju

(✿◠‿◠) A'kum n Hello to all Bridezilla & Friends (◡‿◡✿)

Apa ????
Lempeng Bunga Kobis ??

Memandangkan B2B slalunye mmg ngah stress untuk jaga badan ..
Cik Iera pon nak share la resepi nih ..
Usually kita masak pancake biasa pakai tepung tu je kan ..
Apa kata kita tukar kn tepung dgn Bunga Kobis plak ..
(Biar betol Cik Iera nih ..)
Btol la korang ..
Cepat ambik kertas n pen ..
Chef xbergaji ni nak kasi resepi ..

Bahan- Bahannya (Adunan untuk 8 pancake mengikut size)
  • 1 labu Bunga Kobis @ Cauliflower
(Macam ni taw , Cik Iera xtaw nak sebut pe , takut law Cik Iera cakap 1 kang korang ambik 1 yg da potong plak)

  • 2 Biji Telur 
  • 1/2 Cawan keju cheddar (diparut) @ korang siat2 kan je la keju yg 4 segi pon boleh
  • 1/2 Cawan Serbuk Roti
  • 1/2 sudu Serbuk Cili (ikut taste korangk , law nak pedas lebihkan la)
  • Garam secukup rasa
  • Olive Oil
Cara-caranya

  • Potong kecil2 Bunga Kobis & rebuskan selama 10 minit sampai dia lembut.(jangan terlalu lembut plak ye)
  • Toskan sampai kering air dia & lecek2kan bunga kobis korang sementara masih panas.
  • Satukan kesemua bahan dia atas & gaulkan sehingga sebati (wahh...ayat macam ala2 chef plak)
  • Panaskan kuali leper korang tuh dgn olive oil (kuali yg korang guna untuk wat pancake)
  • Now , tuang kan aduan korang tuh atas kuali (cara yang sama korang wat pancake taw)
  • Masak sehingga kedua2 belah berwarna perang @ coklat skit.
  • Lastly , MAKAN TIME !!!
p/s : korang leh makan dengan cili sos @ sour cream @ apa2 je la mengikut citarasa korang .



Cheesy Cauliflower Pancakes
Macam ni la rupa nye (ihsan google)
Nanti Cik Iera update yang Cik Iera punye k

 Selamat Mencuba



Love u all ☜♡☞