Dec 22, 2013

CHOCOLATE MOIST CAKE WITH CHOCOLATE GANACHE


Rajin plak sekarang ni nak mem'baking 
hahahahah...

okay , now tengah popular 
coklat moist cake dengan topping yang meleleh katanya ...
and even BOBOI pon da kuarkan 
cake tuh ...

Why not , iera buat ..
haaaa.....
Memandangkan still kat rumah mak lagi 
yang segala benda memang ada
(yes, mak iera buat kuih &kek)
Nampak x seronok nye macam mana 
bila semua barang yang diperlukan tuk baking
tuh adaaaa....

Zasss....
Google resepi Choc Moist Cake ni 
terjumpa version yang senang sgt ..
kredit tuh the blog owner..

BAHAN UNTUK CAKE
Bahan A
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang 

Bahan B
2 biji telur 
1 s/k esen vanila

Bahan C
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara
1. Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang).
2. Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.
4. Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci.
5. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula.
6. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek.
7. Hiaskan dengan cream coklat.

* Bila guna bekas plastik kecik , kukus kek selama 30 - 35min atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat ganache.

-since coklat masakan tuh xda stock , makanya iera cari alternatif lain ..

1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air masak
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 sudu kecik serbuk nescafe
3 sudu makan susu pekat
  1. satukan semua bahan-bahan diatas.tapis 3kali
  2. kemudian masak secara double boil (perlu di kacau berterusan)sehingga coklat pekat mengikut citarasa masing-masing.
-semakin lama di kacau semakin pekat.tambah susu segar untuk cairkan semula.
-tuangkan ganache dia atas cake yang dah siap dikukus..










2 comments:

S. Faezah said...

sedapnye awakkk

Iera'ra Nordin said...

@s.faezah - try la buat ..ngeee...selamat mencuba (^_^)