Entry kali ni Iera tulis based on one of facebook member punya status ..
Mengisahkan di mana beliau pernah menghadapi kesusahan ,
tak dapat nak melanjutkan pelajaran ke universiti disebabkan kekangan kewangan
dan terpaksa bekerja demi keluarga dan sesuap nasi ..
and now sambil bekerja dia buat business sambilan
Alhamdulillah , hidup dia makin ok
Cerita tu macam cliche sangat ..
Ye , ramai lagi orang yang pernah lalui benda yang sama ..
Even usahawan2 yang berjaya pon cerita benda yang sama
Cuma , Iera suka tengok macam mana diorg nih semua teruskan perjuangan hidup
Ada yang dibantu oleh orang lain (nasib dia baik Allah permudahkan)
Ada plak yang sorang2 dia berjuang tanpa mengharapkan bantuan (tabik spring terus)
Bila da sorang2 menghadap masalah dan gagahkan diri untuk berjuang
confirm2 dia kenal da erti hidup ni macam mana
TAPI ........
Bila da senang sikit mula lah ramai yang mengaku sedara , ramai yg hurung macam lalat
Sampai langit ketujuh pon dia nampak awak ..
Dulu bila susah xda sapa pun heran , ambik kisah pon xmahu ..
Sampai lubang cacing pon dia xkan kisah
Lumrah manusia ..
Hidup ni ibarat roda
Kadang kita diatas , dan kadang kita dibawah
So , bila diatas ni janganlah sentiasa nak memandang ke langit
Lihat2 lah apa yang dibawah
Begitu juga yang berada di bawah
Jangan sentiasa tunduk , sesekali pandang lah ke atas agar kita dapat memperbaiki diri